Zionis-Israel tembak pekerja Palestin di sempadan

Isnin, 01/08/2005 – Ratusan pekerja Palestin yang bekerja keras bagi menanggung keluarga mereka telah menjadi mangsa keganasan dan kezaliman Zionis-Israel. Keadaan ini berlaku sejak tahun 1948. Kebanyakkan mereka ditembak oleh Zionis-Israel tanpa sebab ketika memasuki sempadan Palestin dan jajahan Israel.

Sumber media menyatakan, sempadan yang dikuasai oleh penjajah Zionis-Israel itu hanya membenarkan pekerja yang berusia antara 35-40 tahun saja. Seperti yang dikeluarkan oleh Markaz filistini lili?lam, Zionis-Israel melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin yang sedang dalam perjalanan. Namun, masih ramai yang selamat tetapi memaksa rakyat Palestin untuk undur dan terus pulang ke rumah bagi menyelamatkan diri.

Sumber Palestin menyatakan sempadan Bethanon (Eirez) utara Semenanjung Gaza telah dibuka namun semua pas kerja khas yang dimiliki pekerja Palestin telah dibatalkan oleh Zionis-Israel.