
Isnin, 31/05/2010 – Kesatuan Ulama Palestin menegaskan bahawa, apa juga usaha samaada dengan cara melakukan perisikan atau kerjasama atau menzahirkan penentangan terhadap kaum muslimin adalah merupakan isu besar dalam syariat Islam dan merupakan gambaran kepada mereka yang menjadikan kuffar sebagai wali. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan status keimanan pelakunya berubah ke daerah kekufuran secara terang-terangan, di samping menegaskan, sesiapa yang mati dalam keadaan melakukan perbuatan tersebut, dia mati dalam keadaan kafir, dia tidak dimandikan, dan tidak dikafankan, tidak dilakukan solat keatasnya dan tidak ditanam di tanah perkuburan Islam.
Kesatuan Ulama Palestin menyenaraikan dalam satu kenyataan bertulis, dimana “Pusat Maklumat Palestin” turut menerima satu salinan pada hari Rabu (26-5), beberapa nas dari ayat-ayat al-Quran dan Hadith-hadith Nabi s.a.w yang menunjukkan pendapat ahli fuqaha dalam tajuk pengintipan dan perisikan keatas kaum muslimin, yang dilakukan atas kemaslahatan pihak musuh.
Kesatuan Ulama Palestin menegaskan lagi bahawa “wajib memerangi mereka yang bekerja dan berpakat dengan pihak musuh, untuk membersihkan saf kaum muslimin dan melindungi masyarakat Islam dari segala kejahatan dan pengkhianatan”.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : arif