
Isnin, 31/05/2010 – Kargo dari Eropah tiba di pelabuhan “Rhodes” di Greece, pada Rabu malam (26 / 5), didahului dengan tiga kapal penumpang, termasuk “The boat 8000”, dalam persiapan untuk menyertai dengan rombongan Freeline for . Kapal Greek-Sweden akan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dianggarkan lebih daripada 2.5 juta dolar, dibiayai oleh kempen Eropah, termasuk bangunan prefabrikasi, ubat-ubatan, tanaman desalinasi air dan bahan bangunan.
Rami Abdo, ahli kempen “Eropah untuk Pembebasan Gazamemberitahu bahawa persiapan besar-besaran sedang dilakukan untuk berangkat dari dari pantai Cyprus ke Gaza , di mana bakal tiba awal minggu depan bersama lebih dari sepuluh ribu tan bantuan dan berjaga-jaga daripadan ancaman tentera Zionis. Beliau turut menjelaskan dalam sebuah kenyataan hari ini, bahawa pelancaran mendapat liputan seluruh dunia.
Armada “Kebebasan” terdiri daripada sembilan kapal yang: Sebuah kapal kargo yang dibiayai oleh Kuwait mengibarkan bendera Turki dan Kuwait, kargo Sebuah kapal yang dibiayai oleh Algeria, dan kapal kargo yang dibiayai oleh Eropah dari Sweden dan Greece, dan 6 kapal mebawa penumpang, salah satu perahu bernama ” The boat 8000″ bersempena jumlah tahanan Palestin di penjara-penjara Israel. Armada ini dilengkapi dengan membawa 750 peserta dari lebih daripada 60 negara, 44 pegawai kerajaan, ahli parlimen dan politik dari Eropah dan Arab.
Armada turut membawa lebih dari 10 ribu tan ubat-ubatan, bahan bangunan, kayu, 100 rumah cetakan ke puluhan tempat perlindungan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal mereka sepanjang perang Israel di Gaza pada awal 2009, ia juga membawa 500 kenderaan elektrik untuk OKU, terutama sejak perang terakhir yang mengakibatkan hampir 600 orang kurang upaya di Gaza.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : mujaheed929