
Isnin, 31/05/2010 – Ketua Penyelarasan dan Perhubungan di Beit Hanoun sempadan antara Gaza dan wilayah 1948, Moshe Louis, berkata hari ini bahawa Armada Bebaskan Gaza untuk mematahkan pengepungan Gaza hanyalah sebuah langkah provokatif saja.
Halaman diterbitkan harian akhbar Israel “Yediot Ahronot” melaporkan tuntutan Moshe’s: “Gaza tidak memerlukan bantuan kemanusiaan dan sumbangan oleh masyarakat dunia, kerana kepungan Israel tidak pada makanan dan penghantaran makanan.”
Dia menyatakan bahawa Presiden Biro Penyelarasan Penjajah itu membenarkan kemasukan makanan dan bantuan ke Gaza, sementara mencegah masuknya bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat senjata, bom dan peluru berpandu.
Tentera Israel menyatakan bahawa 100 trak memasuki Gaza selama beberapa hari terkini, yang membolehkan kemasukan 1200 tan ubat-ubatan dan peralatan perubatan sejak bulan lepas, dan 155 tan makanan dan 2900 tan pakaian, kasut dan hampir 17 juta liter bahan bakar .
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen