Khamis, 04/08/2005 –
Parti Buruh Israel, yang dipengerusikan oleh Shimon Peres, mengumumkan kemasukan seorang bekas pegawai polis ke dalam parti tersebut. Alek Ron, bekas ketua polis bahagian utara Israel, pernah didakwa di atas tuduhan membunuh seramai 13 orang rakyat Palestin pada tahun 2000.
Sebuah jawatankuasa khas yang ditugaskan untuk menyiasat kejadian tersebut mendapati Ron terlibat secara langsung di dalam insiden itu dan menamatkan perkhidmatannya. Pegawai polis berkenaan didapati bersalah kerana memberi arahan untuk menembak ke arah orang ramai.
Dalam kejadian itu, seramai 13 orang rakyat Palestin terkorban apabila mereka menyertai sebuah demonstrasi bagi membantah tindakan keras dan tidak berperikemanusiaan Pihak Tentera Israel ke atas penduduk-penduduk di Tebing Barat Dan di Semenanjung Gaza.