30,000 Zionis Sedia Serbu al-Aqsa

Isnin, 15/08/2005 – Tentera dan polis yang ditugaskan menjaga sempadan al-Quds telah ditambah bagi menghadapi kumpulan Yahudi radikal. Kumpulan ini dijangka akan melakukan demontrasi di sekitar Masjid al-Aqsa dan Qubbah as-Sakhra.

Pihak polis Palestin menganggarkan seramai 30,000 orang akan hadir. Satu acara ritual khas akan diadakan di dataran tembok al-Burraq.

Dalam pada itu, demonstrasi itu merupakan ancaman besar dari kumpulan ultra-radikal terhadap kewujudan Masjid al-Aqsa. Mereka mahu menghancurkan Masjid al-Aqsa dengan alasan warga Palestinlah yang menyebabkan mereka terusir dari Semenanjung Gaza. Mereka menentang rancangan pengunduran Zionis-Israel dari Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Puak radikal ini turut akan mengadakan aktiviti yang serupa di Tel Aviv.