Jumaat, 12/08/2005 – Syeikh Abdullah Ash Shami ketua gerakan Jihad Islam menolak kenyataan presiden Abbas bahawa roket-roket pejuang Palestin bertentangan dengan kepentingan dan kehendak rakyat Palestin. Kumpulan-kumpulan pejuan lain turut bersetuju dengan pendirian Ash Shami.
Kenyataan Abbas itu diumumkan ketika mesyuarat pilihanraya Palestin. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah roket-roket yang delancarkan ke Zionis-Israel yang telah banyak menekan Zionis-Israel dan menyebabkan mereka bersetuju untuk keluar dari Semenanjung Gaza.
Kenyataan Abbas itu tentu memburukkan perjuangan suci kumpulan pejuang bagi menghadapi Zioni-Israel.
Dalam pada itu, Abu Zuhri, jurucakap Hamas, mengkritik kenyataan Mahmod Abbas yang mana kenyataan itu hanya memburukkan perjuangan Hamas dan lain-lain.
Apa yang hanya diperkatakan oleh Abbas ialah, roket-roket yang dilepaskan oleh pejuang Palestin hanya menghancurkan rumah rakyat Palestin sendiri.