Polis Israel Menahan Tentera Israel Bawa Bom Tangan Di Perhentian Bas

Selasa, 16/08/2005 –Polis Israel menahan seorang anggota tentera Israel yang membawa dua butir bom tangan ke perhentian bas utama di Bandar Jerusalem pada Hari Khamis.


Walaubagaimanapun, tiada maklumat lanjut diberikan berkenaan kejadian itu ataupun anggota
tentera terbabit yang dipercayai daripada kumpulan fanatik yahudi yang terlibat di dalam serangan
sebelum ini.

Pihak Berkuasa Palestin memberi amaran bahawa seramai sembilan tentera fanatik Yahudi telah
menghilangkan diri dari perkhidmatan Tentera Israel dan mungkin menyamar sebagai warga
Palestin bagi melancarkan serangan.

Di dalam insiden Shava Amr yang berlaku sebelum ini, seramai lima orang terkorban apabila salah
seorang tentera fanatik Yahudi itu melepaskan tembakan bertubi-tubi di dalam sebuah bas.