Jumaat, 19/08/2005 – Tentera penjajah Israel (TPI) telah menghantar ramai tenteranya
ke penempatan haram Kfar Darom di tengah semenanjung Gaza di dalam usaha untuk
memindahkan penduduknya dan beratus lagi penduduk lain yang menyelinap masuk dan
berkumpul di dalam synagogue Yahudi.
?Perpindahan pendudukan ini pertama sekali akan berlaku sebelum pemindahan
daripada penentang yang datang dari luar. Sekitar 1600 penduduk Israel,
termasuk 1200 aktivis sayap kanan telah menyelinap masuk dalam beberapa hari
lepas masih lagi berada di dalam penempatan tersebut.? Menurut sumber Israel.
Bepuluh kereta kebal Israel dan kenderaan berperisai telah ditempatkan
sekitar penempatan tersebut kerana dikatkan takut dengan tembakan dari tembakan
pihak palestin menurut sumber Israel dan sumber ini mengakui bahawa tentera Israel
ada menembak dari masa ke semasa ke arah penempatan Palestin berhampiran penempatan
tersebut.
Sementara itu, puak kejam TPI telah merobohkan sebuah rumah di kawasan Mawasi
di barat daerah Khan Younis.
Sumber tempatan Palestin mengesahkan bahawa TPI telah menanam sejumlah besar
bahan letupan di rumah Fadl Orabi al-Lahham, 50, dan mengebom rumah tersebut.