Isnin, 22/08/2005 – TPI terus melakuakan tindakan kejam terhadap rakyat Palestin di bandar-bandar dan kampung-kampung Tebing Barat dalam usaha untuk meneruskan cengkaman mereka ke atas Tebing Barat semasa mereka sedang berundur dari Tebing Gaza. Sebilangan besar TPI
menyerbu bandar Tulkarem dan mendirikan kawalan-kawalan pos di sepanjang jalan menuju ke bandar Tulkarem menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Di perkampungan Deir al-Ghuson, beberapa buah kereta kebal Israel yang meronda kawasan tersebut dan remaja Palestin telah berjaya memusnahkan sebuah kereta kebal dengan bom Molotov menyebabkan kereta kebal yang lain berundur. Beberapa penahanan dilakukan di beberapa daerah termasuklah Atteel, Bala, kem Shams dan Allar.
Di bandar Tobas, TPI menyerbu kem Farea dan perkampungan Tammon dan menahan dua remaja Palestin, Raed Jamil Abdul Jawad 26, dan Mohamad Jamal Salah 27, semasa mereka dalam perjalanan pulang.
Dalam masa yang sama, TPI telah menutup jalan utama yang menghubungkan bandar Qalqilai, bandar-bandar di Nablus dan bandar Ramallah dengan menggunakan alasan keselamatan tentera mereka.