Isnin, 22/08/2005 – Bekas Menteri Kewangan Israel, Benjamin Netanyahu, menyeru agar Kerajaan Israel menawan Aqaba setelah serangan roket Katyusha pada Hari Jumaat tersasar ke Eilat.
Televisyen Israel memetik kata-kata Netanyahu sebagai berkata penaklukan Aqaba adalah untuk menghentikan serangan pejuang ke atas Eilat di masa akan datang.
Pada tahun 1994, Israel dan Jordan memeterai perjanjian damai di antara kedua buah negara itu, namun syarat perjanjian tersebut dilanggar pada tahun 1998 apabila Netanyahu mengarahkan
agen-agen risikannya membunuh Ketua Politik Hamas, Khaled Misha’l.