Khutbah Sheikh Salah di Masjid Hassan Bek Esok, Isu Kepala Babi !!

Khamis, 25/08/2005 – Sheikh Ra’ed Salah, pemimpin pergerakan Islam akan menjadi khatib pada solat jumaat esok di Masjid Hassan Bek iaitu 26/8/2005.

Pergerakan itu telah mengadakan sidang akhbar bahawa khutbah ini menjurus kepada perbuatan rejim Zionis menyerang masjid dan lain2 isu terkini.

Sebelum khutbah akan di adakan juga sidang akhbar yang juga di bawa oleh beliau. Peguam Zahi Nejidat, jurucakap pergerakan tersebut, menyalahkan polis Zionis kerana tidak bertindak menghalang serangan ke atas masjid walaupun telah mendapat maklumat awal.

Beberapa orang pelampau Yahudi sebelum ini telah melempar kepala babi dengan tertulis kalimah
Muhammad di atasnya
ke dalam masjid Hassan Bek
Jumaat lepas.