Selasa, 23/08/2005 – Sheikh Ekrema Sabri, Mufti Jerusalem dan Palestin mengutuk perbuatan Yahudi menghina dan mencemar Masjid Hassan Bek di bandar Haifa yang dijajah sejak 1948
Dalam satu kenyataan akhbar hari Jumaat Syeikh Sabri mengatakan perbuatan Yahudi yang membaling kepala khinzir yang tertera nama Nabi Muhammad SAW ke dalam masjid tersebut merupakan satu perbuatan yang memalukan dan berkeras supaya perbuatan seperti ini dihentikan dengan segera.
Perbuatan seperti ini bukannya yang pertama dan meminta seluruh warga Palestin sentiasa berjaga dan pertahankan kesucian tempat-tempat suci umat Islam.
Mufti menegaskan bahawa semua agama langit melarang perbuatan sedemikian terutama perbuatan Yahudi yang menghina masjid dan mushaf Al-Quran.