31 tentera Zionis-Israel cedera di Semenanjung Gaza

Khamis, 25/08/2005 – Pejabat tinggi tentera Zionis-Israel menganggarkan penarikan dari Semenanjung Gaza akan berterusan sehingga bulan September. Radio Zionis-Israel menyebutkan, Menteri Pertahanan Zionis-Israel, Shaul Movaz menegaskan, proses penarikan dari Semenanjung Gaza akan selesai pada pertengahan September. Movaz turut menyatamengaku Mesir akan menempatkan pasukannya di sepanjang perlintasan Philadelpia dan akan bertanggung jawab penuh terhadap penyelundupan senjata ke Jalur Gaza.

Movaz turut menyatakan Mesir akan menempatkan pasukan tenteranya di sepanjang sempadan Philadelpia. Pasukan tentera Zionis-Israel yang masih ada di penempatan Semenanjung Gaza mengaku takut menjadi sasaran dari serangan pejuang Palestin.

Di Jenin, pasukan tentera Zionis-Israel telah menyelesaikan proses pengosongan penempatan Israel di sana. Sumber Zionis-Israel menyebutkan, pergaduhan terjadi antara pasukan tentera Zionis-Israel dan rakyat Israel yang menolak menentang rancangan pengunduran dari Sanur dan Humasy. Kejadian itu menyebabkan 31 tentera Zionis-Israel cedera.