Masjid Aqsa Akan di Robohkan ?

Khamis, 25/08/2005 – Kesatuan Aqsa para rabu lepas memberikan amaran beberapa cubaan oleh kumpulan Yahudi yang tidak dikenali untuk menggesa perobohan masjid Aqsa di Jerusalem yang diduduki.

Kenyataan tersebut, yang mana salinannya di hantar ke Palestin Information centre, berkata bahawa sekumpulan ahli kumpulan tersebut telah mengedarkan kertas edaran yang mana pada muka depannya gambar penjajah yahudi yang dibawa keluar dari semenanjung Gaza dan muka belakangnya masjid al-Aqsa di robohkan.

Kesatuan tersebut memberikan amaran mengenai kemungkinan perkara tersebut berlaku dan meletakkan kesalahan di atas bahu kerajaan penjajah Israel sekiranya berlaku kehancuran pada masjid tersebut.

Sikap senyap kerajaan Tel Aviv akan hanya menggalakkan sikap fanatik dan keganasan tersebut.
Mereka juga menyesali sikap pihak antarabangsa dan Amerika yang tidak mengambil kira ancaman tersebut.