Isnin, 05/09/2005 – Tentera Israel Israel memasuki Tulkarm, sebuah bandar di Tebing Barat, di awal pagi Khamis lalu dan menahan tiga pemuda Palestin setelah menggeledah rumah kediaman mereka.
Sumber tempatan memberitahu bahawa tentera-tentera Israel memasuki bandar tersebut kira-kira jam 2.30 malam dan terus memecah masuk rumah-rumah kediaman di sekitar kawasan itu dari sebelah timur, barat dan selatan bandar berkenaan. Sumber juga menyebut bahawa operasi itu tamat pada jam 5.30 pagi setelah ketiga-tiga pemuda tersebut ditahan.
Di Qalqilia, Tentera Penceroboh mengadakan sekatan jalanraya dari bandar itu sehingga ke Bandar Nablus.
Keadaan lalu lintas sesak sepanjang jalan ekoran sekatan yang dijalankan.