Pakistan akan menjalinkan hubungan diplomasi dengan rejim Zionis (Israel)

Jumaat, 02/09/2005 – Pakistan dan rejim Zionis (Israel) telah bertemu dan bersetuju untuk menjalinkan hubungan diplomasi di antara kedua-dua negara dengan dipengerusikan oleh Turki. Pakistan dan Israel kedua-duanya diwakili oleh oleh menteri masing-masing.


Mushrraf ketika diminta untuk mengulas langkah berani itu menyebutkan, ianya demi menjaga kestabilan politik di rantau Selatan Asia memandangkan India telah lama menjalinkan hubungan dengan rejim tersebut. Beliau juga meminta agar rakyat Pakistan bertenang dan tidak mengambil apa-apa tindakan melulu kerana inisiatif tersebut. Beliau menjamin tiada ubungan diplomasi ayang akan dimeerai dengan rejim Zionis selagi negara Palestin berdaulat tidak ditubuhkan.

Washington mengalu-alukan langkah tersebut dan menyifatkan ianya sebagai langkah awal untuk keamanan dunia dan juga keamanan di timur tengah. Rakyat pakistan walau bagaimanapun tidak bersetuju dan mengadakan tunjuk perasaan yang dijangkakan akan diadakan selesai solat Jumaat 2 September nanti. Kebanyakan mereka mengutuk tindakan Musharaf yang dianggap sebagai pengkhianat. Jurucakap HAMAS, Khaled Meshal, ketika diminta untuk mengulas langkah tersebut, telah mengutuk dan mengatakan tindakan tersebut merupakan pengkhianatan terhadap bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa.