Merdeka!, Merdeka!, Merdeka?Gaza

Malaysia baru sahaja merayakan kemerdekaan ke-48. Syabas dan tahniah kerana akhirnya Malaysia dapat mentadbir urusan dan aset negara dengan sendiri. Jangan lupa bahawa PALESTIN juga negara Islam sama seperti Malaysia. Negara Islam yg berkurun lama di bawah penjajah Rejim Zionis. Maszlee Malik menyambung talian dan memperdengarkan suara rakyat Palestin untuk halwa telinga kita …

Siapa pernah termimpikan perkara ini?, siapa pernah terfikirkan perkara ini?, siapa pernah terbayangkan perkara yang amat mengejutkan ini akan menjadi realiti?, namun itulah yang telah berlaku. Rejim Zionis Israel telah mengundurkan tentera mereka dan juga penduduk-penduduk haram mereka dari bumi Gaza yang telah dikuasai oleh mereka semenjak tahun 1967. Rumah-rumah yang dibina di penempatan (haram) Gush Katif, Gush Emonim, dan lain-lain Gush lagi, kini menjadi sejarah yang hanya akan dibaca oleh anak-anak Zionis di masa hadapan. Lebih menarik rumah-rumah di kawasan-kawasan yang telah disebutkan itu kesemuanya telah diruntuhkan walaupun kos pembinaannya suatu waktu dahulu menalan beratus juta shekel.

Penjajah umat islam yang dilupakan dan dibutakan oleh umat Islam


Itu bukanlah satu perkara yang besar, segala kos membinanya satu waktu dahulu, kos merobohkannya sekarang dan kos membawa keluar penghuninya akan ditanggung oleh Amerika Syarikat (AS) dari hasil pembayaran hutang negara-negara Teluk yang menjadi “rakan hamba setia” bagi empayar Uncle Sam itu. Yang pasti kewujudan entiti Zionis dan juga kaum Yahudi ekstrimis di Gaza kini hanya tinggal sejarah dan akan menjadi nostalgia yang tidak akan dilupakan oleh kedua-dua pihak Zionis dan juga rakyat Palestin.

Apakah muslihat di sebalik pengunduran?

Soalan ini sering berlegar di dalam media dan juga kotak pemikiran masyarakat antarabangsa. Ada di antara mereka yang menyifatkan pengunduran tentera rejim Zionis daripada Gaza ini sebagai kejujuran Israel untuk menyelesaikan konflik di antara Israel dan Palestin. Bagi mereka yang kebanyakannya ingin bersikap neutral dalam isu ini, usaha unilateral Israel ini menunjukkan komitmen mereka untuk memastikan suasana damai akan segera tercapai di Timur Tengah. Adakah telahan ini benar?, jawapannya sangat mudah, bagi mereka yang berpendapat seperti ini, mereka adalah di kalangan manusia yang rabun sejarah. Isu Palestin bukanlah hanya sekadar isu pertelingkahan dua kaum yang sama-sama mendiami sebuah negara dan kemudiannya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah mereka.

Isu Palestin adalah isu penjajahan sebuah rejim yang zalim dan paling ganas dalam sejarah kurun ke-20 ke atas penduduk sebuah negara yang kini telah dihalau keluar dari negara mereka dan menderita di dalam kem-kem pelarian ataupun merempat di negara asing. Pengunduran dari Gaza hanyalah merupakan pengunduran dari sebahagian kecil yang kurang dari 10% daripada bumi Palestin yang telah dijajah sahaja. Sayangnya, alasan seumpama ini telah mendorong sesetengah negara majoriti umat Islam untuk meneutralkan hubungan diplomasi dengan rejim Zionis.

Ada juga di kalangan masyarakat dunia yang begitu obses dengan teori konspirasi. Bagi mereka apa yang berlaku ini ada muslihatnya. “Tidak Yahudi” tindakan Sharon melakukan pengunduran unilateral tersebut. Antara teori yang nampak seolah-olah ada kebenarannya ialah, penunduran mereka dari Gaza adalah untuk bertapak penuh di Tebing Barat dan menguasai sepenuhnya Baitul Maqdis yang diisytiharkan oleh semua individu yang pernah menjawat jawatan Perdana Menteri di negara rejim tersebut sebagai ibu kota abadi Erez Yizrael. Bagi golongan ini juga, pengunduran tentera rejim Zionis dan juga penduduk Yahudi dari Gaza adalah untuk mengaburi mata dunia dari isu yang sebenarnya. Dengan cara pengunduran tersebut, maka mereka akan mendapat simpati dunia.

Rejim Zionis cintakan kedamaian ???


Mereka juga akan mendapa t keyakinan dunia bahaw mereka adalah dari spesis manusia yang cintakan kedamaian. Ada benarnya juga teori ini, terutamanya media antarabangsa membuat liputan intensif sepanjang dua minggu usaha pengunduran tersebut. Malah isu penunjuk perasaan dari kalangan golongan ekstrimis Yahudi yang memprotes pengunduran tersebut dipaparkan dengan begitu dramatik sehinggakan ramai yang berkata: “kerajaan Israel benar-benar mahukan kedamaian, maka kini Palestin juga harus menunjukkan komitmen mereka dengan menghentikan perjuangan”. Persoalannya, adakah teori ini benar 100% oleh kerana logika dan juga kesesuaiannya dengan apa yang berlaku?, jawapannya ialah, kita perlu lebih teliti dan jangan sekali-kali mengenepikan faktor sejarah di dalam menilai sikap Zionis.

Jika yang demikian, apakah sebenarnya yang berlaku???

Israel Semakin Mengecil

Apa yang berlaku sebenarnya merupakan reaksi normal yang pernah berlaku ke atas mana-mana kuasa kolonial dan penjajah. Dalam lipatan sejarah dunia, jarang sekali penjajah yang zalim kekal berkuasa di sesebuah negara yang mereka jajah. Setiap penjajahan pasti akan menemukan noktah terakhirnya. Projek Zionisme merupakan siri terakhir episod penjajahan sebuah kuasa ke atas sebuah negara yang berdaulat di zaman moden ini. Sepertimana penjajahan-penjajahan yang lain, projek Zionis ini juga akan berakhir. Pengunduran Gaza merupakan salah satu daripada bunga-bunga kesudahan rejm yang zalimi ini. Apakah logiknya teori ini?

Pertamanya sejarah membuktikan projek Zionis yang bernama Israel ataupun Erez Yizrael ini semakin mengecut. Jika bapa gerakan Zionisme, Theodore Herzl ketika melontarkan ide penubuhan Erez Yizrael, dia meletakkan sempadan negara tersebut di antara dua sungai Nil dan Euphrates. Maknanya, keluasan bumi Erez Yizrael yang diidamkan oleh penubuh gerakan Zionis ini akan mencakupi negara Palestin, Jordan, Lubnan, Syria, Iraq, Mesir dan sebahagian daripada Arab Saudi (termasuk Madinah sepertimana yang didakwa oleh Goldemeir sebagai tanah nenek moyang mereka).

Ini jugalah yang diidamkan oleh Ben Gurion, Moshe Dayan, Chaim Weizmen dan juga pelopor projek Zionis yang awal. Bagi mereka, berdalilkan ungkapan dari Torah di dalam bab Genesis 15:18 yang telah menyebutkan kononnya tuhan Yahweh telah mengatakan kepada nabi Ibrahim: ?Unto thy seed have I given this land, from the river of Egypt unto the great river Euphrates?.(Untuk keturunanmu Aku telah berikan tanah ini, dari sungai Mesir (Nil) sehinggalah ke sungai besar Euphrates)

Pada tahun 1967, sejurus kekelahan negara-negara Arab di tangan Israel (dengan bantuan kuasa besar Amerika Syarikat), impian mereka ini hampir menjadi kenyataan apabila Israel berjaya melebar dari Semenanjung Sinai yang pada asalnya milik Mesir, sehinggalah ke Tebing Golan milik Syria. Pada waktu itu jugalah ramai dari kalangan Yahudi Ortodoks yang pada asalnya menentang projek Zionisme yang disifatkan pada awalnya sebagai bertentangan dengan ajaran Torah, telah menyokong projek tersebut dan telah berhijrah secara beramai-ramai ke Palestin.

Adakah peta Israel akan kembali kepada asal ?


Harapan mereka semakin cerah lagi apabila tembok Buraq yang terletak di sebelah barat Masjid al-Aqsa telah berjaya ditawan sepenuhnya oleh rejim Zionis dan ditukarkan menjadi “Kotel” ataupun tembok meratap (wailing wall) mereka . Pada waktu itu dan sehingga beberapa tempoh Israel merasakan bahawa merekalah yang menguasai dunia dan tidak akan dapat dikalahkan.

Harapan mereka ini walau bagaimanapun semakin tercabar apabila tentera-tentera Mesir, samada yang rasmi mahupun dari kalangan sukarelawan telah berjuang menentang tentera Israel untuk mendapatkan kembali Semenanjung Sinai. Akhirnya, pada thaun 1979, Israel telah memulangkan semula Semenanjung Sinai kepada Mesir melalui Anwar Sadat. Sayangnya pemulangan ini amat memalukan bagi pihak Mesir apabila mereka bersetuju untuk tidak mencampuri urusan Palestin setelah mendapatkan kembali milik mereka.

Walau bagaimanapun, dari aspek positifnya, pengunduran ini menunjukkan kegagalan pertama projek Zionis, iaitu negara Israel semakin mengecil hanya 12 tahun selepas mereka mengembang dengan begitu drastik. Samada mereka mendapat keuntungan dari sikap Mesir ataupun tidak, itu bu kan persoalan utamanya. Persoalan utamanya, mereka telah membelakangkan cita-cita asal penubuh Erez Yizrael dan lebih parah lagi, mereka telah melanggar apa yang didakwa sebagai janji tuhan Yahweh di dalam Torah.

Selatan Lubnan

Pada tahun 1982 rejim Zionis cuba ingin meluaskan kembali keluasan geografi Erez Yizrael dengan menawan selatan Lubnan dan sebahagian daripada Beirut. Selama beberapa waktu mereka berkuasa penuh di selatan Lubnan. Sepertimana tabiat setiap penjajahan, pasti ianya akan mengundang penentangan. Maka tentera-tentera rejim Zionis telah ditentang habis-habisan oleh tentera Hezbollah yang berada di selatan Lubnan.

Natijahnya, pada tahun 2000, tentera rejim Zionis telah berundur dari selatan Lubnan dengan keadaan yang amat memalukan. Sebuah rejim yang pernah menjadi begitu berkuasa mengalahkan tentera negara-negara Arab, kini kalah teruk dan terpaksa berundur dari negara yang dijajahnya hanya kerana penentang kumpulan gerila Hezbollah. Jarak di antara tahun 1979 dan 2000 hanyalah 21 tahun. Maknanya, dalam tempoh 21 tahun sahaja, Israel semakin mengecil.

Pengalaman inilah yang dipelajari oleh gerakan penentangan di Gaza. Sejarah jelas menunjukkan bagaimana Zionis hanya mengenal erti kekerasan. Adalah satu mimpi yang karut jika ada sesiapa yang mengharapkan rejim Zionis boleh dibawa ke meja rundingan dan berdamai melalui rundingan. Apa yang telah berlaku kepada Yaser Arafat telah jelas menunjukkan bahawa rejim Zionis bukanlah rakan yang boleh dipercayai. Arafat yang pernah digunakan sebagai boneka mereka untuk mengekang kabangkitan rakyat Palestin dan pernah dianggap sebagai rakan karib Israel, akhirnya ditendang dan akhirnya mati diracuni (menurut kenyataan mereka yang rapat dengan Arafat) oleh pihak Zionis apabila mereka tidak memerlukannya lagi.

Bendera Palestin sekarang selesa berkibar megah di Gaza


Pengalaman Hezbollah ini akhirnya dipraktikkan oleh gerakan-gerakan penentangan (pejuang kemerdekaan) di Gaza untuk menghalau rejim Zionis. HAMAS yang menjadi peneraju utama, fraksi Fatah (Briged Syuhada al-Aqsa), front popular rakyat Palestin, gerakan rakyat demokratik dan pelbagai fraksi penentangan telah bersatu hati dan bersatu tenaga semenjak Intifadah 2000 akhirnya membuahkan hasil selepas lima tahun ia dilancarkan.

Walaupun banyak nyawa yang telah terkorban, di antaranya Dr Salah Syahadah, antara penubuh HAMAS, Ibrahim Maqademah, Ismail Abu Haniyeh, Ahmad Yassin, Dr Abd. Aziz Rantisi, Yasser Arafat dan ribuan pejuang Palestin yang lain, akhirnya Gaza berjaya dimerdekakan. Jarak di antara pengunduran Zionis dari Selatan Lubnan dengan pengunduran Gaza hanyala h lima tahun. Maknanya, julat perbezaan tahun di antara satu pengunduran dengan pengunduran yang lain semakin mengecil. 1979, 2000 dan 2005…

Kesimpulannya, pengunduran rejim Zionis dari Gaza adalah satu reaksi tabii di dalam siri penjajahan. Ianya menunjukkan betapa sebarang kuasa di muka bumi ini hanyalah kuasa manusia yang mempunyai elemen-elemen kemanusiaan. Mereka ada kelemahan, mereka ada kekurangan, dan kekuatan mereka terbatas.

Itulah hakikat rejim Zionis. Kaum Yahudi seperti yang telah disifatkan di dalam al-Quran (al-Baqarah 2:96) merupakan kaum yang takut mati hanya serasi dengan cara penentangan bersenjata sahaja. Sebarang cadangan untuk menyelesaikan penjajahan Zionis ke atas bumi Palestin melalui jalan damai, cara rundingan dan sebagainya hanyalah cadangan-cadangan yang tidak berdasarkan fakta, jauh dari realiti, tidak mempelajari sejarah dan tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai cadangan yang “bodoh”.

What’s next?

Satu persoalan yang menarik, apakah yang akan berlaku seterusnya?, pelbagai pihak mempunyai pelbagai agenda agenda yang akhirnya akan menentukan corak masa hadapan bumi Palestin. Bagi pihak Zionis, mereka amatmengharapkan agar peperangan saudara akan berlaku di Gaza. Dengan kekuasan sepenuhnya diberikan kepada pihak berkuasa Palestin (Palestinian Authority) di seluruh Gaza dan juga mandat kepada tentera Mesir untuk mengawal sempadan Gaza-Mesir, pihak rejim mengharapkan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin akan dapat dilenyapkan oleh dua kuasa tersebut. Jika berlaku demikian, kedamaian di Tebing Barat dan juga kawasan Palestin yang dijajah semenjak 1948 (Israel) akan terjamin.

Apakah ini akan berlaku?, sudah pastinya tidak. Ini kerana kumpulan-kumpulan pejuang telah menyediakan pelan B, terutamanya HAMAS yang telah berikrar di hari pertama penubuhannya lagi untuk tidak menumpahkan darah sesama rakyat Palestin. Jika mereka dibunuh atau di”kacau” oleh pihak PA atau tentera Mesir, maka serang balasnya tidak akan ditujukan kepada kedua-dua kuasa tersebut, tetapi kepada pihak Zionis. Konsep Muthalath (segi tiga) inilah yang diimani oelh HAMAS dan lain-lain fraksi perjuangan. Jika yang demikian, pihak Zionislah yang berada di dalam bahaya!

Bagi pihak-pihak yang berada di dalam PA pula, ramai yang terkenal dengan korupsi mengaharapkan agar kekuasaan penuh PA di Gaza akan membuahkan duit yang banyak kepada mereka. Pembangunan semula Gaza, projek-projek dan juga dana yang akan masuk sebagai bantuan kepada Gaza dilihat sebagai lombong emas bagi mereka. Bagi golongan ini, mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan habuan keduniaan hatta terpaksa membunuh anak-anak bangsa mereka sendiri.

Apa yang dilakukan oleh Ahmad Dahlan, Jibril Rjoub, Treifi dan lain-lain sepanjang era Arafat adalah satu bukti yang boleh menjadi dalil paling kuat di atas kenyataan ini. Yang pastinya golongan ini akan digunakan sepenuhnya oleh Zionis untuk memastikan perang saudara akan berlaku. Walau bagaimanapun, nasib mereka hanya akan dapat ditentukan oleh pilihanraya legaslatif pada bulan Januari nanti.

Adakah OIC selesa berkonfren di bilik berhawa dingin daripada turun padang merasai keperitan rakyat Palestin ?


Bagi pihak rakyat Palestin yang diwakili oleh kumpulan-kumpulan pejuang Palestin pula, pengunduran ini amat bermakna. Ianya menunjukkan bahawa perjuangan mereka selama 5 tahun ini tidak sia-sia. Bagi mereka yang mendiami Tebing Barat sudah tentunya mengidamkan nasib yang sama bagi mereka seperti apa yang dikecapi oleh saudara mara mereka di Gaza. Mereka juga akur bahawa hanya jalan penentangan bersenjata sahajalah yang akan dapat mengusir pihak Zionis keluar dari Tebing Barat. Yang pastinya, penentangan bersenjata akan berlaku lebih intensif di masa hadapan di kawasan Tebing Barat.

Tembok pemisah, penempatan haram yang baru Yahudi yang telah dibina untuk mereka yang berhijrah dari Gaza, penempatan baru yang akan dibina untuk warga Yahudi seperti yang telah dijanji kan oleh Sharon pada 21/7/2005 dan pelbagai kesukaran yang dihadapi oleh rakyat Palestin di Tebing Barat hanya akan memangkinkan lagi perjuangan rakyat Palestin di sana. Yang pastinya, perjuangan rakyat Palestin akan menjadi lebih rancak.

Persoalannya kini, apakah pula peranan negara-negara Islam yang lain?, terutamanya OIC. Adakah cukup dengan faks tahniah kepada Mahmoud Abbas di atas kemerdekaan Gaza yang tiada langsung usaha Abbas untuk dibanggakan mengenainya? Yang pasti OIC dulu kini dan selamanya akan tetap dengan tradisi mereka….OOOO, I…See!