Rabu, 07/09/2005 – Sumber-sumber daripada tentera Zionis-Israel menyatakan kebimbangan dengan perkembangan terbaru roket-roket Palestin. Apa yang dibimbangi ialah roket-roket milik pejuang Palestin sudah mampu untuk sampai ke rumah Ariel Sharon dan target-target lain.
Harian Israel Yediot Aharonot menyatakan, pejuang-pejuang Palestin di Semenanjung Gaza mampu membuat roket Al Qossam dengan jarak sasaran 16.5 km dan kini rumah Sharon dan bandar Asqalan, pusat sumber tenaga Zionis-Israel berada dalam lingkungan jarak itu.
Menurut beberapa laporan terbaru, pakar letupan dan roket Hamas mampu mengeluarkan roket yang jauh lebih hebat.
Sebelum itu, komandan Brigade Izzudin Al Qassam, Muhammad Dlaif mengingatkan bahawa selama ada penjajahan Zionis-Israel, maka perjuangan dan penentangan akan tetap ada.