Khamis, 08/09/2005 – Sheikh Mohammed Hussein, pengarah Masjid al-Aqsa, menuduh penjajah Israel (PI) dengan sengaja memasang pagar berelektronik di pintu Asbat pada hari Selasa dalam usaha awal PI untuk mengawal tempat suci umat Islam itu.
Sheikh Hussein mengesahkan usaha PI itu dalam kawasan masjid al-Aqsa itu hanya bertujuan untuk mengekang kebebasan penganut Islam dan melanggar prinsip hak asasi manusia.
Pertubuhan Wakaf Islam dengan sekerasnya menentang perbuatan PI itu yang juga memasang kamera dan menghalang penganut Islam daripada beribadat di Masjid al-Aqsa.
Pertubuhan Wakaf Islam menegaskan kerajaan haram Israel bertanggunjawab di atas perbuatan pencerobohan tersebut dan meminta semua negara Arab dan umat Islam sama-sama berganding bahu mempertahankan kesucian dan kebebasan Masjid al-Aqsa.