Tentera Zionis paksa tahanan Palestin hina Nabi Muhammad

Rabu, 07/09/2005 – Seorang tentera Zionis(TZ) telah memaksa seorang tahanan Palestin untuk menghina Nabi SAW dengan kata-kata, semasa dalam perjalanan ke Mahkamah Tentera Salem, Israel, peguam Fayez Al-Zabra memberitahu.

“TZ membelasah saya dan kawan-kawan saya dipijak kepala dan muka mereka apabila kami ingkar menurut perintah mereka untuk menghina Nabi SAW”, tahanan itu menjelaskan.

“Kami telah membuat laporan berkenaan perkara tersebut kepada pegawai atasan TZ tapi malangnya tiada tindakan yang diambil sebaliknya kami dan dimaki-hamun oleh mereka termasuk mencerca ibu bapa kami”, tambahnya lagi.

Perkara terkutuk Zionis yang sering kali dilakukan ini dikecam hebat oleh kebanyakan ulama dengan hujah bahawa semua agama langit melarang perbuatan demikian.

Persatuan Tahanan Palestine mengecam perbuatan tersebut dan menganjurkan kesemua pertubuhan hak asasi manusia untuk mengambil tindakan melindungi tahanan Palestin daripada segala perbuatan terkutuk Zionis itu.