Kebun Ariel Sharon jadi kawasan anti roket

Jumaat, 09/09/2005 – Sumber-sumber media Zionis-Israel menyatakan, badan perisik Zionis-Israel Shabak sejak kebelakangan sering mengawasi kawasan kebun PM Israel Ariel Sharon yang terletak di Naqab selatan Palestin. Ini bertujuan menangkis serangan roket Al Qassam.

Harian Maarev menyatakan, badan perisik Shabak menerima maklumat rahsia bahawa pejuang-pejuang Palestin akan berusaha untuk menyerang kebun Sharon di samping kawasan penempatan Zionis-Israel yang lain. Kos untuk melindungi kebun milik Sharon ini telah mencapai ratusan dolar USD. Kebun ini dikawal ketat oleh tentera Zionis-Israel dari jarak dekat dan jauh kerana mereka yakin bahawa pejuang-pejuang Al Qassam akan menyerang dari jarak dekat.