Jumaat, 09/09/2005 – Kerajaan Indonesia telah memperbaharui pendirian mereka untuk tidak mengadakans sebarang hubungan diplomatik dengan kerajaan Israel sebelum isu Palestin diselesaikan dan menubuhkan Negara Palestin yang stabil.
Menteri luar Indonesia, Hasan Weiranyhuda, menyatakan bahawa kerajaan mereka tidak akan mengadakan hubungan dengan Israel sekiranya isu Palestin tidak diselesaikan dengan menekankan kewujudan Negara Palestin yang stabil.
?Saya telah menolak untuk menerima sepucuk surat daripada kerajaan Israel yang diserahkan kepada kami oleh pihak ketiga untuk menjalin perhubungan
diplomatic dengan Tel Aviv. Kami tidak mempunyai sebarang perhubungan dengan Israel walaupun melalui surat.? Ujar menteri tersebut.
Satu demonstrasi besar-besaran beberapa hari yang lalu berlaku di Jakarta bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin.