Categories
Berita Semasa

Barak desak PBB hentikan penubuhan badan siasatan flotilla.

Khamis, 24/06/2010 – Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mendesak PBB untuk menangguhkan rancangan menubuhkan badan siasatan bebas yang disokong oleh pertubuhan antarabangsa berikutan serangan komando Israel terhadap konvoi kapal bantuan kemanusiaan yang melakukan perjalanan ke Gaza bulan lalu sehingga meragut nyawa sembilan rakyat Turki.

Berkata kepada wartawan selepas pertemuan dengan Ban Ki-moon, Barak meminta Setiausaha Agung PBB supaya menangguhkan rancangan untuk membentuk suruhanjaya siasatan serangan Israel terhadap kapal konvoi keamanan termasuk enam kapal pelancongan yang membawa bantuan dan aktivis keamanan ke Gaza.

Barak menambah, “Kami telah menyuarakan pandangan kami bahawa pada ketika ini dan selagi mana masih ada konvoi kapal laut lain sedang bersiap untuk belayar ke Gaza, mungkin cara yang terbaik adalah untuk meninggalkannya (siasatan PBB) di atas rak untuk beberapa ketika. ”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz