
Khamis, 24/06/2010 – Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat menyatakan rasa bimbang tentang rancangan Israel untuk merobohkan 22 buah rumah Palestin di Baitulmuqaddis Timur yang dijajah. Jurucakap PJ Crowley mengatakan itu adalah bentuk tindakan yang merosakkan kepercayaan dan meningkatkan risiko keganasan.
Rancangan itu sebahagian daripada projek pembangunan kembali di persekitaran Silwan yang masih dalam peringkat awal. Menteri Pertahanan Israel juga mengkritik Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis pelan yang dibuat dalam masa yang buruk dan miskin “akal”. Di bawah rancangan yang telah diluluskan pada hari Isnin, 22 rumah akan diroboh untuk memberikan ruang bagi sebuah taman pelancongan Israel. 66 bangunan lain dibina tanpa kebenaran Israel akan disahkan. Hal ini sangat ditentang oleh orang Palestin, yang percaya akan memperketat kawalan Israel ke atas wilayah itu.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen