Jumaat , 25/06/2010 –Sebuah permainan video secara online/dalam talian yang telah dilancarkan pada hari Selasa membolehkan anda untuk bermain sebuah peranan/watak seorang pelajar Gaza yang harus berunding suatu jaringan halangan-halangan Israel supaya dapat menghadiri universiti dalam Tebing Barat yang dijajah/diduduki — tetapi anda tidak boleh menang.
Permainan tersebut, yang dibangunkan/dibinakan/dikembangkan oleh sekumpulan pembela hak Israel dengan pembiayaan EU, membawa pemain-pemain berjalan melalui sekatan-sekatan yang masih dikekalkan walaupun keputusan Israel baru-baru ini telah membenarkan sejumlah besar barang-barang pengguna/harian ke dalam enklaf /rangkuman yang dikuasai oleh Hamas.
“Kami menumpukan pada dua aspek sekatan yang belum ditukar/diubah dan yang tiada perbincangan untuk ditukar/digubah — barangan eksport dan kebebasan pergerakan peribadi, ” kata Sari Bashi, ketua Pusat Guaman Gisha ( Gisha Legal Centre) untuk Pergerakan Bebas (Freedom Movement) , yang telah menjejak/ mengikuti sekatan berusia empat tahun dengan teliti. “Permainan tersebut menunjukkan bahawa dasar Israel untuk memisahkan Tebing Barat dan Gaza telah berakar umbi dan adalah jangka panjang, ” dia memberitahu AFP.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : Yusra