Categories
Berita Semasa

Israel Membenarkan/Meluluskan Aliran Angkutan Ke Gaza Lantaran Sekatan Dikurangkan/Dilonggarkan

Jumaat , 25/06/2010 –Rakyat Israel di lintasan sempadan berkubu ini bersedia untuk satu peningkatan yang mendadak dalam penghantaran barang melalui darat ke Gaza, lantaran satu keputusan untuk mengungkai sekatan Israel daripada enklaf/ rangkuman Palestin.

Peraturan lama Israel mengharamkan semua apa yang ia memilih untuk tidak dibenarkan masuk. Kini ia berjanji untuk membenarkan masuk semuanya yang tidak diketepikan secara khusus.

“Ini sebenarnya merupakan satu kelonggaran, ” Penyelaras Palestin Raed Fattouh memberitahu Reuters. Rakyat Israel memberitahu dia enam barangan yang kini dibenarkan masuk, termasuk peralatan menangkap ikan, alat-alat pertanian, bahagian-bahagian kereta dan minyak, kosmetik dan minyak wangi, peralatan rumah dan permainan kanak-kanak, Fattouh berkata.

Pegawai-pegawai di terminal pengangkutan Kerem Shalom (Ladang Anggur Aman) berkata mereka telah bersedia untuk mengendalikan sehingga 120 muatan trak makanan dan barangan dagangan sehari untuk Gaza sebaik sahaja penyelaras-penyelaras Palestin menganjurkan keupayaan/muatan ekstra di pihak mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  yusra