Jumaat , 25/06/2010 –Tentera Zionis Israel (IOF) telah menahan empat penduduk Palestin di Ramallah, di Tebing Barat Rabu lalu, menurut sumber tempatan. Pasukan Israel telah menjelajahi seluruh bandar di Ramallah, menggeledah rumah dan menahan empat orang penduduk Palestin. IOF melakukan operasi menggeledah dan menyerang pada setiap hari bertujuan untuk menangkap pemuda Palestin dengan alasan mereka dikehendaki oleh pihak berkuasa penceroboh Israel.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz