Jumaat , 25/06/2010 –Dr.Mousa Abou Marzook Wakil Biro Politik Pergerakan Hamas menegaskan bahawa Rundingan Damai Palestin bagi pihak Hamas merupakan prioriti yang paling utama di dalam gerakan itu,sambil menyifatkan bahawa Fatah dan ketua gerakan tersebut iaitu Mahmoud Abbas menggunakan rundingan damai tersebut semata-mata bertujuan sebagai bahan dagangan politik yang hanya ingin mengeluarkan Rejim Zionis daripada kemelut yang dihadapinya.
Dan berkatanya Dr.Abou Marzook di dalam sebuah kenyataanya kepada Pusat Informasi Palestin : “Rundingan damai bagi kami ialah suatu prioriti yang utama kepada rakyat Palestin secara realitinya,dan kami tidak melihat perkara tersebut sebagai suatu bahan dagangan politik,yang mana akhir-akhir ini seakan-akan penggunaan istilah rundingan damai tersebut digunakan sebagai bahan dagangan politik untuk mengatasi tekanan yang dikenakan ke atas Pihak Israel yang berpunca daripada seranganya terhadap Freedom Flotilla,yang mana kejadian tersebut telah membuatkan seluruh dunia berbicara untuk memecahkan benteng sekatan ke atas Gaza dan menghentikan Penjara Besar ini ke atas berjuta-juta Rakyat Palestin,dan tiada seorang pun terkecuali daripada berbicara tentang memecahkan benteng sekatan ini”.
Dan beliau menambah : “Terdapatnya sebilangan pihak yang menjadikan perkara rundingan damai ini semata-mata untuk mengatasi tekanan yang dikenakan ke atas Zionis bahkan membantu Pihak Israel untuk mengurangkan tekanan mereka yang didesak untuk menghentikan sekatan ini,ada sesetengah pihak menilai perkara ini dengan niat yang baik tetapi ada juga pihak yang menilainya dengan ada tersembunyi niat yang buruk,sambil mengatakan bahawa : Menghentikan sekatan ini sewajibnya hendaklah menjadi perkara yang asas dengan mengambil segala usaha untuk ke arahnya untuk menghentikan segala bentuk kezaliman ke atas rakyat Pelestin di Gaza.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : putra duad