Rabu , 21/07/2010 –Tentera Israel menembak sekurang-kurangnya satu butir peluru ke dalam kawasan perumahan Al-Bureij dalam Semenanjung Gaza yang dikuasai/diuruskan oleh Hamas pada hari Selasa,lalu membunuh seorang wanita dan mencederakan lima orang, pakar medic Palestin berkata.
Pakar medik berkata wanita itu telah dibunuh apabila petala tersebut mengenakan rumahnya. Lima orang lain yang tercedera telah dibawa ke sebuah hospital yang berdekatan. Seorang jurucakap wanita tentera Israel mengesahkan kejadian itu, dan mengatakan bahawa “suspek-suspek telah dikenalpasti datang hamper pagar (sempadan) dan sebuah angkatan tentera berdekatan melepaskan tembakan.” Dia tidak mempunyai butir-butir lanjut, tetapi laman web Ynet melaporkan bahawa kuasa kententeraan Israel itu telah mensasarkan sekumpulan militant yang cuba untuk menembak mortar ke dalam Israel.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : yusra