Sabtu, 24/07/2010 – Malapetaka baru untuk wilayah ini diberitakan, dengan lebih banyak lagi malapetaka dijangkakan apabila Knesset Israel sedang dalam proses meluluskan perlembagaan baru bagi memastikan Bukit Golan yang sedang dicerobohnya setelah dirampas daripada Syria selepas perang 6 hari pada 1967 serta timur Jrrusalem yang menjadi milik Palestin tidak akan diserah balik dalam sebarang perjanjian damai. Tindakan itu secara langsung melanjutkan lagi perang dengan Syria yang buat masa ini tergencat sejak 62 tahun lalu dan dijangka lebih banyak perang akan terjadi di wilayah ini.
Usul Bukit Golan dan Jerusalem sekiranya diluluskan oleh Knesset bakal menjadi penghalang utama ke arah perdamaian dengan Syria dan seluruh wilayah (Arab). Ia akan menjadi satu tamparan hebat buat Syria yang sekian lama cuba untuk mendapatkan kembali wilayahnya yang dirampas rejim Zionis pada 14 Disember 1981 melalui Undang-undang Bukit Golan. Percubaan untuk menutup kesalahan rejim Zionis merampasnya dengan cara membuatnya sah dari segi undang-undang, tidak berjaya. Majlis Resolusi Keselamatan PBB 491 telah memutuskan 3 hari selepas itu bahawa tindakan tersebut “tidak boleh diterima dan tidak sah serta tidak mendapat pengesahan antarabangsa.”
Perkembangan terbaru ini akan mengundang bencana kepada Lebanon, sebuah negara kecil, dan konflik Negara-negara Timur Tengah yang terus berbeza pendapat, lebih gemar mengambil pendekatan konfrontasi secara senyap. Tindakan ini telah berlarutan sejak berdekad-dekad lamanya sehingga memusnahkan negara tersebut yang amat memerlukan perdamaian, pelaburan, penyatuan social, pembaharuan dan kestabilan negara, bebas daripada campur tangan orang luar dan yang paling penting bebas daripada peperangan.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa