Sabtu, 24/07/2010 – 2 orang penduduk Palestin terbunuh sementara 6 orang lagi cedera pada Rabu lepas setelah dibom rejim Zionis yang mensasarkan Bandar Beit Hanon, utara Semenanjung Gaza.
Sumber tempatan memaklumkan bahawa kereta-kereta kebal Zionis mengebom rumah-rumah penduduk tempatan yang terletak berhampiran sempadan Negara haram Israel. Tidak lama kemudian, sebuah jet pejuang Zionis melepaskan peluru berpandu ke arah sekumpulan orang awam sehingga mengorbankan 2 nyawa dan mencederakan 6 orang lagi termasuk kanak-kanak.
Dr. Mo’awyiah Hassanie dari Kementerian Kesihatan Palestin berkata bahawa Mohamed Kafarnah, 20, telah terkorban dalam pengeboman itu. Katanya lagi, 3 orang yang cedera mengalami luka yang parah.
sumber : PNN
penterjemah : salwa