Sabtu, 24/07/2010 – Anggota Parlimen Mesir, wakil al Ikhwan al Muslimin, Dr. Hamdi Hasan, mengecam sikap berdiam diri regim Arab terhadap apa yang dinyatakan Liberman, Menteri Luar Israel berkenaan rancangan rahasia Israel untuk memisahkan Gaza dari wilayah Palestin kerana dianggap sebagai entiti yang terpisah.
Hamdi menyatakan, Rabu (21/7), bahawa rancangan ini bertujuan untuk memadamkan persoalan pokok berkenaan isu Palestin. Beliau menyatakan bahawa entiti Zionis Israel bergerak sesuai visi masa depan demi kewujudan dan kepentingannya di kawasan tersebut dengan sokongan dan jaminan Amerika. Sebaliknya pemerintahan Arab hidup tanpa visi dan tujuan yang jelas untuk mencapai penyelesaian yang adil berkenaan isu Palestin.
Hamdi mengatakan, “Tidak diragukan bahawa persoalan Palestin telah melalui fasa-fasa sangat berat namun yang pasti penjajah bergerak menuju kehancuran. Oleh karena itu para pemimpin Arab dan mereka yang setia kepada Zionis agar menarik kembali keputusan dan sikap yang tidak mendukung persoalan sebenar Palestin. Bangsa dan sejarah tidak akan mengasihi kehinaan mereka terhadap isu Palestin.”
sumber : COMES
penterjemah : osman