Categories
Berita Semasa

Lima Pengintip Israel di Lubnan Larikan Diri

Sabtu,  24/07/2010 – Rasan al-Jud dan empat yang lain melarikan diri dari Lubnan setelah mereka dituduh sebagai mata-mata Israel di syarikat telekomunikasi Alfa, akhbar Ad-Diyar Lubnan melaporkan pada hari Khamis.

Ini menurut pengumuman kerajaan Lubnan yang akan mengajukan aduan rasmi kepada Majlis Keselamatan PBB terhadap Israel tentang jumlah yang ketara dari mata-mata Israel itu yang ditemui baru-baru ini. Rasan al-Jad dipercayai salah satu mata-mata atas dalam syarikat telekomunikasi selular.

Dia dan pengikutnya menempatkan dengan perisian Israel dan cip di stesen telekomunikasi Alfa, lapor agensi berita Hizbullah, Al-Manar.Al-Jud adalah bekas perwira Tentera Darat Lubnan dengan pengetahuan kejuruteraan yang luas. Dia dipercayai melarikan diri ke Jerman dengan pesawat komersial dan begitu juga yang lain telah meninggalkan Lubnan, lapor Haaretz. Kerajaan Lubnan secara rasmi telah mendakwa lebih daripada dua puluh mata-mata Israel pada tahun lepas, kebanyakan dari mereka yang ditemui di Alfa.

Penangkapan mata-mata terkemuka Alfa Qazzi dan Tareq Raba’a telah mempercepatkan penyelidikan tentang al-Jad. Hizbullah mendakwa bahawa mata-mata Alfa telah menyabotaj penyelidikan pembunuhan Allahyarham Perdana Menteri Lubnan Rafik Hariri. Mereka mendakwa bahawa mata-mata Israel membantu Alfa mengumpulkan perisikan palsu dalam rangka untuk menuduh Hizbullah, Ynet melaporkan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen