Sabtu, 24/07/2010 – Harian Israel Haaretz, Khamis (22/7) menegaskan bahawa kerajaan Britain berusaha meminda undang-undang jenayah perang di wilayah kerajaan itu demi melindungi elit Israel. Britain berusaha mencegah perintah tahanan terhadap elit Israel atas dakwaan jenayah perang di Gaza ketika berada di Britain.
Seperti disiarkan harian Israel, pindaan tersebut akan dilakukan sehingga akhir September ini atau awal Oktober. Jika perkara tersebut berlaku (pindaan undang-undang) ia merupakan kemenangan bagi entiti Israel yang menekan kerajaan Britain agar melakukan pindaan tersebut. Duta besar Israel di Britain, Roon Prosor menyambut baik langkah kerajaan Britain. Beliau mengatakan, “Langkah ini menuju ke arah yang benar yang boleh mencegah kesan buruk sistem undang-undang untuk kepentingan politik.”
sumber : COMES
penterjemah : osman