Selasa, 27/07/2010 – Pusat Informasi Al-Quds menjelaskan bahawa penguasa daerah Israel di Al-Quds akan membuka muzium baru di wilayah Malihah dengan nama Muzium Israel. Ia bertepatan dengan rancangan Zionis untuk meyahudikan kota tersebut dan mengusir warga Palestin.
Pusat Info Al-Quds menyatakan, penguasa daerah Zionis telah memulakan projek pembangunan muzium tersebut sejak 2007, dengan menambah ruang pameran di dalamnya. Muzium ini dijangka akan dibuka hari ini, Isnin (26/7). Keluasan muzium tersebut melebihi 80 000 meter persegi menjangkau kawasan tanah milik warga Palestin di Al-Quds. Projek pembangunan muzium ini merupakan hasil sumbangan dari para penyumbang Zionis antarabangsa serta pemerintah Israel. Dana yang terkumpul mencapai USD100 juta.
sumber : COMES
penterjemah : osman
2 replies on “Israel Buka Muzium Baru Di Al-Quds”
[…] asal: http://palestinkini.info/?p=7055 // TAGS: baitulmaqdis, israel, zionis This entry was posted on Tuesday, July 27th, […]
[…] asal: http://palestinkini.info/?p=7055 TAGS: baitulmaqdis, israel, zionis This entry was posted on Tuesday, July 27th, 2010 at […]