Sabtu, 24/07/2010 – Pertubuhan Amnesti Antarabangsa menggesa pihak berkuasa rejim Zionis berhenti merobohkan rumah-rumah penduduk awam Palestin dan bangunan-bangunan lain di Tebing Barat, selepas 74 buah rumah dan bangunan dirobohkan di Lembah Jordan awal minggu ini.
Pemusnahan besar-besaran itu dilakukan oleh tentera rejim Zionis (IOF) di Kampung Hmayyir dan ‘Ein Ghazal yang terletak di wilayah al-Farisiya pada Isnin lalu sehingga menyebabkan 107 orang awam termasuk 52 orang kanak-kanak hilang tempat tinggal.
Menurut perangkaan PBB, sekurang-kurangnya 198 buah bangunan milik penduduk Palestin di Tebing Barat telah dimusnahkan pada tahun ini, sehingga menyebabkan kira-kira 300 orang penduduk awam Palestin hilang tempat tinggal dan berteduh, separuh daripadanya adalah kanak-kanak. Sementara itu, dalam kejadian yang sama, 600 orang penduduk awam Palestin lagi turut terjejas.
sumber : PNN
penterjemah : salwa