Categories
Berita Semasa

Pintu sempadan Karem Abu Salem dibuka.

Isnin ,  09/08/2010 – Para pegawai rejim Zionis hari ini membuka pintu sempadan Karem Abu Salem untuk membolehkan kemasukan bantuan bahan bakar dalam jumlah yang terhad ke Jalur Gaza. Sementara itu, persimpangan Al-Montar masih terus ditutup.

“Penjajah Israel akan membuka persimpangan Abu Salem untuk membolehkan kemasukan 230-240 van yang sarat dengan bantuan dan barangan untuk sektor industri dan pertanian”, kata Raed Fatouh, pegawai rasmi sempadan Palestin. Dia menambah bahawa mereka akan menyalurkan gas memasak serta bahan api dalam jumlah yang terhad setakat yang diperlukan untuk menjalankan penjanaan kuasa di Gaza.

Pihak berkuasa rejim Zionis  membenarkan hari Rabu sebagai hari untuk penghantaran 209 van yang sarat dengan bantuan dan barang-barang dan penyaluran 191 tan gas memasak serta 173,000 liter industri solar. Selain itu, mereka membenarkan kemasukan 54 van yang sarat dengan gandum dan makanan. Walaubagaimanapun, penjajah Israel memutuskan untuk terus menutup persimpangan Al-Montar di sepanjang hari ini.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  norsyuhada

One reply on “Pintu sempadan Karem Abu Salem dibuka.”

Comments are closed.