Isnin , 09/08/2010 – Satu hari bersejarah bagi warga Palestin apabila setelah dua tahun bekerja, panggung Jenin, di utara Tebing Barat, dibuka untuk umum. Dibina pada tahun 1957, panggung itu mendapat respon yang cukup baik. Tidak lama selepas bermulanya Intifadhah Pertama Palestin panggung itu ditutup dan menjadi gelap. Selama 20 tahun panggung itu menunggu untuk diperbaiki, idea untuk membaikinya dicetuskan oleh Marcus Vetter, pengarah filem Jerman, ketika beliau melawat Jenin untuk membuat filem di sana dan bertanya-tanya mengapa tidak ada tempat untuk menayang gambar di bandar itu.
Filem arahan Vetter, Hati Jenin, menceritakan tentang Ismael Khatib, yang merupakan isi penting dalam filem tersebut. Khatib telah menyumbangkan organ-organ Ahmed untuk menyelamatkan enam orang anak Israel. Ahmad dibunuh oleh tentera Israel yang menyerang Jenin pada tahun 2005.
Filem ini memperkenalkan keluarga Khatib, filem ini menarik ramai penyokong, seperti Bianca Jagger, bekas ikon fesyen, dan hak asasi manusia yang tinggi profil pembelaannya. PM Palestin Salam Fayyad datang untuk membuka semula panggung wayang tesebut. Upacara pembukaan dilakukan di taman panggung, dan Hati Jenin ditayangkan. Filem Hati Jenin ini dibiayai dan disokong oleh kerajaan Jerman di samping dana dari Jerman dan Eropah.
Festival ini akan berlangsung selama dua hari lagi dengan aktiviti dan filem bagi memberi peluang kepada keluarga Palestin untuk menikmati panggung wayang.
sumber : Palestine News Network
penterjemah : ameen