Khamis , 01/12/2005 –
Mahkamah Agung Israel selasa lepas menolak rayuan dua organisasi yang difailkan pada ogos lepas untuk memaksa kementerian kesihatan, prasarana dan dalaman untuk menyambung rumah seorang kanak-kanak yang berusia tiga tahun yang menghadapi penyakit kanser ke kawasan grid berelektrik.
Laman Web Arab-48 melaporkan bahawa mahkamah dengan senang hati meluluskan cadangan kerajaan Tel Aviv untuk membantu kanak-kanak tersebut dengan memberian 4000 dolar bagi membeli jenerator berkuasa solar.
Kanak-kanak tersebut. Einas Al-Atrash tinggal dengan keluarganya di kawasan perkampungan badwi di padang pasir Negev. Dia telah dikesan menghadapi kanser pada januari lepas.
Beliau memerlukan bekalan elektrik untuk kegunaan penyimpananan ubatan. Mahkamah tidak mengiktiraf keperluan kanak-kanak tersebut untuk sebarang laluan kepada elektrik dan hanya membenarkan derma kepada nya.