Khamis , 01/12/2005 – Askar Israel menangkap seorang jurnalis Palestin, Rajoub yg bekerja untuk aljazeera.net, syarikat media berbahasa Arab pada Rabu semalam.
Menurut sumber dari keluarga Rajoub, askar Israel dan pegawai Shin Beth (perisikan Israel) telah memecah masuk rumah Rajoub di Tebing Barat Bandar Dura sebelum subuh.
Askar Israel di laporkan memasuki rumah dan mengambil computer, buku telefon dan lain-lain dokumen peribadi milik Rajoub. Rajoub, 28 tahun, adalah sepupu kepada pegawai Palestinian Authority, Jebril Rajoub.
Rajoub adalah pelajar lulusan dari university Qatar beberapa tahun lalu dan tidak pernah ditangkap sebelum ini. Jurucakap askar Israel, Avi-Chai Adruaie berkata Rajoub ditangkap tiada kaitan dgn bidang kerjanya sbg jurnalis.
?Apa yg saya boleh beritahu penangkapan beliau atas alasan keselamatan, kerana beliau mempunyai maklumat yg askar kami perlukan.?
Israel telah menahan beberapa org jurnalis Palestin di kem penahanan Kitziot di selatan Israel.