Jenin diserbu , Azan dihalang

Selasa , 06/12/2005 – Rejim Zionis pada subuh Isnin menyerbu bandar Jenin dengan tembakan bertalu dan mengganas di rumah-rumah awam dan tiga warga Palestin ditahan.

Sumber tempatan memberitahu Rejim Zionis sengaja memusnahkan perabut dan peralatan dalam rumah yang diserbu selepas memaksa mereka keluar dari rumah secara keras dengan menggunakan senapang.

Sumber itu mengatakan Rami Awad, 30, seorang calon untuk pilihanraya tempatan Jenin, Ismail Abu Tame, 48, dan Mohamed Sukiya, 28, telah ditahan semasa pencerobohan itu.

Dalam masa yang sama, di bandar al-Khalil, satu laporan yang diterbitkan oleh Jabatan Wakaf mengatakan Rejim Zionis menghalang azan berkumandang dari Masjid Ibrahimi di bandar lama sebanyak 55 kali untuk bulan lepas.

Mereka menambah lagi, Rejim Zionis sentiasa berusaha untuk menutup masjid itu semasa hari perayaan yahudi dan menghalang azan Subuh, Maghrib dan Isyak berkumandang untuk menyenangkan penduduk haram Yahudi.