Selasa , 06/12/2005 – Kumpulan pejuang Hamas telah memilih platform pilihanraya dalam usaha mereka menentang korupsi dan berjanji untuk membersihkan kerajaan yang sedia ada
Pemimpin Hamas di Semenanjung Gaza berkata bahawa mereka berjanji kepada para pengundi bagi mengelakkan pementarasan tunjuk perasaan stail ketenteraan di kawasan penempatan awam.
Hamas telah pun memilih calon mereka yang akan bertanding pada 25 Januari ini.
Senarai mereka termasuklah Professor, guru agama, wartawan dan ramai lagi golongan professional.
Ramai di antara calon tersebut di penjarakan di penjara Israel dan pusat tahanan kerana penentangan mereka terhadap penjajahan Israel di Negara mereka dan juga kerana penglibatan mereka dengan penentangan terhadap Israel.