Khamis , 08/12/2005 – Konfrens al-Quds Foundation (QF)ke-4 dan juga jaringan NGO untuk al-Quds (INJO) yang ke-2 telah selesai diadakan di hotel Moven Pick, Yaman.
Program ini telah yang dirasmikan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai pengerusi “Board of Trustees” QF dan juga dihadiri oleh ramai tokoh-tokoh terkenal seperti syeikh Harith al-Dhari (Ketua ulama Ahli Sunnah Iraq), Dr Abdul Karim Zaydan, dr A Majid al-Zindani, Syeikh Faisal al-mawlawi dari Lubnan, Khaled Mish’al (ketua biro politik HAMAS), Ibrahim Ghousah (pimpinan pusat HAMAS), Ayatollah Muhtashemi, Dr Azzam Tamimi dari UK, Hj Abdul Hadi Awang dari Malaysia dll.
Malaysia diwakili oleh JIM (Ust Maszlee & Selamat), AMAN Palestin (Ust Abdullah Zaik dan Ust Yaakob) dan juga PAS (Hj Abdul Hadi dan Dr Syed Azman). Lebih daripada 150 peserta telah bermesyuarat dan berkonvensyen dari 4 – 6 Disember dan disambut sebagai tetamu khas Presiden Yaman.
Di akhir konfrens, sebanyak 10 juta USD berjaya dikumpul untuk membiayai lebih 80 program yang akan digunakan untuk mempertahankan kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa. Antara yang diterima juga ialah sebidang tanah wakaf di kawasan perindustrian Eden, Yaman sebagai waqaf dari Presiden Yaman, sebuah bangunan 20 tingkat wakaf Raja Bahrain dan juga wakaf-wakaf lain. JIM telah menyumbangkan pledge sebanyak RM 60,000, manakala PAS pula berjanji menyumbangkan RM 37,000. Dr Yusuf al-Qaradawi pula menyumbangkan secara tunai sebanyak USD 10,000.
Kerjasama tidak mengira latar belakang agama, isu Palestin mesti digerakkan secara kolektif
al-Quds Foundation adalah satu wadah bagi NGO-NGO Islam, Kristian, Sunnah, Syiah, Islamik dan Nasionalis Arab untuk melakukan kerja-kerja madani di dalam mempertahankan al-Quds dari terus di Yahudikan oleh pihak Zionis.
Antara keputusan menarik berkaitan Malaysia di dalam kofrens tersebut:
1) Hj A Hadi Awang kekal sebagai ahli Board of Trustees.
2) Wakil JIM dicalonkan oleh Secretary General (Dr Muhd Akram Adlouni) dan Dr Azzam utk board of trustees juga berdasarkan track record JIM di dalam usaha-usaha isu Palestin dan al-Quds, dan masih menantikan perbincangan di peringkat MT QF.
3) Ust Maszlee dipilih menjadi AJK jaringan NGO untuk al-Quds (INJO) mewakili Malaysia dan Asean bersama wakil dari Indonesia.
4) JIM & PAS secara langsung dijadikan badan rasmi di dalam jaringan INJO yang disertai lebih 70 NGO di seluruh dunia (Islam dan bukan Islam).
5) QF dan INJO meminta Malaysia untuk menyegerakan penubuhan cawangan QF di Malaysia selewat-lewatnya sehingga akhir 2006. (QF Malaysia dicadangkan hendaklah dianggotai oleh semua pihak yang prihatin terhadap isu al-Quds, tidak kira samada mereka NGO Islamik, nasionalis, sunni, syiah, Islam mahupun Kristian)
6) QF membawa cadangan agar Malaysia dijadikan sebagai host konfrens ke-5 mereka pada tahun 2006 dengan mengambil kira penubuhan cawangan QF di Malaysia dan juga kerjasama dari kerajaan Malaysia.
Semoga usaha memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia berkaitan isu al-Quds, al-Aqsa dan juga usaha kutipan dana akan semakin semarak dan juga komitmen semua yang terlibat semakin rancak serta diredhai oleh Allah SWT.
Maszlee Malik,
Doha, Qatar,
8/12/2005.