Khamis , 08/12/2005 – Jet Israel pada hari Rabu melancarkan roket-roket berpandu ke arah kereta awam di Rafah selatan Tebing Gaza mengakibatkan seorang terbunuh dan enam cedera termasuk empat kanak-kanak.
Mangsa dikenal pasti Mahmoud al Arkan, sebenarnya seorang aktivis dalam Pertubuhan Perjuangan Popular. Sumber tempatan berkata serangan itu berlaku selepas menjelang malam pada hari Rabu yang mengakibatkan 4 kanak-kanak cedera.
Manakala kematian Arkan adalah tindakan balas Zionis selepas peristiwa berani mati pada hari Isnin di Netanya utara Tel Aviv di mana 5 orang Yahudi terbunuh dan 10 cedera.
Jihad Islam bertanggungjawab di atas peristiwa itu kerana membalas dendam atas pembunuhan Luay Sa’adi, pemimpin mereka di utara Tebing Barat.