Khamis , 08/12/2005 – Parti Likud, parti yg pernah menerajui Israel kini menghadapi cabaran besar apabila pengerusi sementaranya menyertai parti Kadima. Tzachi Hanegbi menyertai parti Kadima iaitu sebuah parti yg di pimpin oleh Perdana Menteri Israel Ariel Sharon pada Rabu lepas.
Hanegbi berkata semasa siding media di Tel Aviv, dia akan menyerahkan surat perletakan jawatan dan meninggalkan Knesset.?Hati saya mahu tinggal di Likud, tapi secara logiknya saya perlu menyertai Sharon?
Keputusan Hanegbi dibuat tidak sampai 24 jam selepas Sharon dikritik oleh ahli-ahli parti Kadima.
Menurut sumber media dari Israel, Hanegbi ke Kadima mungkin ada kaitan dgn cadangan dari polis untuk mengelakkan Hanegbi dari skandal rasuah.
Tindakan Hanegbi telah dikutuk oleh pemimpin Likud.
Benyamin Netanyahu, bekas perdana menteri yg menjadi pengasas parti Likud berkata, Hanegbi adalah orang yg dalam tekanan. Cuba melepaskan diri dari di siasat oleh pihak polis.
Penguasa undang-undang sayap kanan, Mchael Ratson berkata parti Kadima adalah seperti ‘rumah pelacur’.