Khamis , 19/08/2010 – PM Palestin, Ismail Haniyah menegaskan bahawa pihak Autoriti Palestin (AP) pimpinan Mahmud Abbas telah memulakan perang anti agama dan Islam sesuai dengan hasrat Amerika dan Israel. Beliau memperingatkan rakyat dan ulama akan wujudnya persamaan antara agama yang diseru oleh AP dengan PMnya Fayyadl yang menyeru umat Islam untuk berkunjung ke Jerusalem dibawah kekuasaan Israel.
Dalam majlis pembukaan pembangunan kembali pusat polis di kem pelarian Syathi, Gaza semalam, Isnin (16/8) Haniyah menegaskan, bersamaan dengan masuknya bulan Ramadhan, pihak AP mula bertindak melarang khatib masjid Al-Aqsha Syekh Hamid Bitawi untuk berkhutbah dan melarang ribuan jamaah masuk ke masjid untuk mengikuti pengajian agama, melarang azan di banyak masjid, menutup banyak pusat tahfiz Al-Quran di Tebing Barat, menutup lembaga zakat, menangkap ulama dan memecat mereka.
Beliau menambah bahawa mereka tidak akan berjaya dalam mencabut agama dari umat Islam dan tidak akan berjaya dalam perang anti Islam kerana mereka berperang dengan Allah.