Khamis , 19/08/2010 – Sebuah kumpulan Hak Asasi Manusia dari Israel : Breaking The Silence mengeluarkan lebih banyak gambar menunjukkan tentera-tentera rejim Israel bergambar dengan tahanan-tahanan Palestin. Kumpulan tersebut mengatakan, perlakuan ini telah menjadi kebiasaan kepada tentera rejim Israel yang berkhidmat di jajahan Palestin.
Pihak media mula memberikan tumpuan kepada isu ini pada hari Isnin apabila Eden Abergil, seorang bekas tentera rejim Israel menyiarkan sejumlah gambar-gambarnya bersama tahanan Palestin yang diikat tangan dan bertutup mata di Facebook. Gambar-gambar tersebut disiarkan dengan tajuk: IDF – “Saat-saat terbaik dalam hidupku”.
Salah satu gambarnya menerima komen daripada rakannya yang menyatakan, “Awak nampak seksi”. Abergil membalas, “Saya tertanya-tanya adakah dia (tahanan) memiliki akaun Facebook juga? Jika ya, saya perlu tag dia dalam gambar ini”. Pihak ketenteraan Israel mengeluarkan kenyataan mendakwa tindakan Abergil sebagai mentah dan kasar. Pihak tentera Zionis juga menyatakan, perlakuan Abergil ialah perlakuan yang terpencil dan menafikan ia merupakan satu kebiasaan.
One reply on “Amalan Tentera-Tentera Zionis Bergambar Dengan Tahanan Sudah Menjadi Kebiasaan”
[…] terpencil dan menafikan ia merupakan satu kebiasaan. sumber : Palestine News Network Artikel asal: http://palestinkini.info/?p=7263 // TAGS: israel, zionis This entry was posted on Friday, August 20th, 2010 at […]