Categories
Berita Semasa

Erekat: Kami Akan hentikan Perundingan Jika Israel Menyambung Perundingan Damai

Selasa , 24/08/2010 – Dr. Sa’eb Erekat, Ketua Perunding Palestin memberi amaran bahawa Palestin akan menarik diri daripada perundingan akan datang sekiranya Israel membenarkan penempatan semula di Tebing Barat. “Ia boleh dilakukan dalam tempoh kurang dari setahun,” Erekat memberitahu Reuters. “Perkara yang penting sekarang ialah memastikan ‘kerajaan Israel’ tidak menjalankan sebarang aktiviti penempatan dan pencerobohan.”

Setiausaha Luar Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton mengumumkan pada hari Jumaat bahawa Palestin dan Israel akan mengadakan dialog pada bulan September.

“Setelah mengadakan perbincangan dengan kedua-dua belah pihak, saya mewakili pihak kerajaan Amerika Syarikat mempelawa Perdana Menteri Israel Netanyahu dan Presiden Palestin Abbas untuk bertemu pada 2 September di Washington D.C. bagi menjalankan semula rundingan penyelesaian pelbagai isu. Kami percaya isu-isu ini boleh diselesaikan dalam tempoh satu tahun”, Clinton memberitahu wartawan di sidang akhbar petang Jumaat itu.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  idawati