
Selasa , 24/08/2010 – Dua tunjuk perasaan anti tembok pemisah telah diadakan di pusat desa Bank Barat di Bil’in dan Nil’in pada hari Jumaat. Walaubagaimanapun, tunjuk perasaan yang berlaku di Bil’in telah diserang oleh tentera regim Zionis.
Penduduk kampung bersama-sama dengan penyokong dari seluruh dunia serta dari Israel sendiri berjalan di tengah hari Jumaat dari perkampungan ke pintu masuk tembok yang telah memisahkan penduduk dari tanah air mereka sendiri. Mereka menuntut pendakwaan Eden Abergil, seorang tentera regim Zionis yang menyiarkan foto di facebook-nya yang menunjukkan penderaan ke atas tahanan – tahanan Palestin.
Sebaik sahaja penunjuk perasaan itu sampai ke pintu masuk tembok pemisah, pasukan regim Zionis yang ditempatkan di sana telah menembak dengan menggunakan bom bunyi dan gas pemedih mata pada penunjuk perasaan yang tidak bersenjata itu.
sumber : Palestine News Network
penterjemah : shuhada
One reply on “Seorang Journalist cedera, 2 Aktivis Ditangkap Ketika Tunjuk Perasaan Mingguan”
kekuatan Islam bkn pd senjata tetapi kekuatan itu dtg dr dalam…sedangkan kekuatan israel hnya beergantung pd senjata semata,,,israel lemah! tkut dgn Islam sbnrnya,,,ANTI ZIONIS!!!